![]() Best Graphics - MySpace/Hi5/Friendster ![]() Best Graphics - MySpace/Hi5/Friendster "WAHAI DIRI.. MENGERTILAH…. Diriku, Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain, Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri, Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah, Tersentuh dengan daulatNya, Merasa terpikul amanah ad-Deen ini.. Diriku… Seringkah kau mencari jalan Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhanNya Agar sentiasa sedar akan keagunganNya Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan, dan kesilapan dirimu..? Ketahuilah diriku, Hatimu itu keras, khusyukmu kurang Syukur dan redhamu tidak banyak kau hadiahkan padaNya Terlalu banyak kurang dan salahmu.. Diriku.. Tunaikankanlah solatmu dalam khusyuk dan tenang Muhasabahlah dirimu kala sunyi, Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan Padanya ada bekalan Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini Diriku… Pada nawafil dan amalan sunat Ada jalan yang hampir utkmu berkasih sayang dengan tuhanmu Pada qiamullail di keheningan malam Bersama bisikan doa dan munajatmu Diiring esak airmata keinsafan dan keikhlasan Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaranNya Di situ ada bekalnya.. Lazimilah awal harimu dengan al-Ma’thurat Pasti kau akan mengenali dirimu sebagai daie Diriku.. Pada tawadhuk, pada ukhwafillah, pada infaq fisabilillah Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir dan selawat Ada ketenangan dan kekuatan Diriku.. Amanahlah kau di hadapan manusia Kerana kedaulatan Tuhanmu Namun rasailah kekerdilan dirimu Di hadapan kudrat dan iradatNya PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN..." Lihat bulan dan bintang Menerangi dunia Betapa agung kerajaan-Nya Lihat pula lah hutan Sang suria di atasnya Semua akur pada Yang Esa Umpama kan sang unggas Di rimba belantara Begitulah bandingannya kita Sungguh kerdilnya insan Yang diciptakan Tuhan Ternyatalah Agung Ar -Rahman Besar niat bahaya Kita tempuhi jua Segala perintah-Nya kita laksana Jauhkan larangan-Nya Sembunyi atau nyata Semua untuk faedah kita Ikhlas kan pada hati Amal kerna Ilahi Teguhkan dalam diri kalam Rabbani Pesanan dari Nabi jadi panduan diri Hidup dan mati untuk Ilahi Tiada perkataan layak buat bayangan Terima kasih pada-Mu Tuhan Tak terhitung kurniaan Biara dakwat selautan Sesungguhnya Kau Maha Penyayang... " Yang Maha Penyayang " | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tips menjadi orang cemerlangTips menjadi orang cemerlang Description: Tips untuk jadi orang cemerlang (drp Dr Fadhilah Kamsah) Tatacara Makan * Sebelum tidur,maafkan semua orang tak kira siapa.Insya Allah, Allah lipat gandakan rezeki. * Sebelum tidur,... more
|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||







